Pengajaran menggunakan
tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea yang
besar. Pendekatan secara tema akan
membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi
pengetahuan. Secara keseluruhannya,
pendekatan ini akan memberikan peluang kepada pelajar mengalami pelbagai
pengalaman dalam situasi yang berlainan.
Selain daripada berasaskan idea-idea utama berhubung dengan
kandungan sesuatu mata pelajaran, unit-unit tematik merentasi disiplin, iaitu
aktiviti-aktiviti pembelajaran terbit daripada tema (Guillanme, 2000). Konsep
daripada pelbagai bahagian dalam mata pelajaranwujuddan dikaitkan dengan penggunaan tema. Unit-unit tematik
selalu mengandungi pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar. Dengan memberi
peluang kepada pelajar untuk memilih beberapa perbincangan individu dan
kumpulan kecil akan mewujudkan rasa kepunyaan dan kemasyarakatan apabila
pelajar dapat belajar bersama-sama dan berkongsi dapatan mereka.
Langkah-langkah berikut dicadangkan bagi merancang unit-unit matematik :
- Pilih satu tema: Tema hendaklah cukup luas untuk memuatkan maklumat daripada banyak bidang sesuatu mata pelajaran tetapi ia hendaklah tidak terlalu luas sehinggakan perkaitan yang bermakna hilang. Anda perlu fikirkan tentang matlamat yang lebih besar dan minat pelajar.
- Membina jaringan perancangan: Membuat sumbangsaran untuk membina carta atau peta semantik yang meneroka pelbagai contoh bagaimana timbulnya tema tersebut. Perhatikan bahawa jaringan di atas tidak menerangkan tentang bidang-bidang mata pelajaran tradisional seperti matematik atau kajian sosial dan ia seharusnya tidak terkongkong dengan pemikiran tertumpu secara tradisional. Membuat jaringan bersama rakan akan menghasilkan pemikiran yang divergen.
- Pilih bahan: Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan yang banyak. Ini termasuk bahan-bahan untuk seni,sastera, sumber-sumber yang lain, bahan-bahan teknologi dan bahan-bahan untuk masyarakat.
- Rancang aktiviti: Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema, gunakan bahan-bahan yang banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajar-pelajar ke arah pencapaian matlamat pembelajaran. Jangan lupa untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memilih pembelajaran mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan