ULASAN VIDEO:
Video ini memaparkan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang melibatkan tajuk Sudut Dongak dan Sudut tunduk,
tingkatan empat. Guru menggunakan pendekatan berpusat murid iaitu pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini. Guru pula
merupakan pembimbing yang membimbing pelajar menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Oleh itu,
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang, guru perlu
melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan pemikiran analitis,
kritis dan kreatif (Abu Hassan, 2006). Pembelajaran dalam kumpulan dapat
membantu pelajar menerapkan sosial serta memupuk sikap bekerjasama dan membina
keyakinan diri terhadap matapelajaran Matematik. Ini disokong oleh pernyataan
Johnson et.al (1993, dalam Effandi Zakaria, 2005) menyatakan penggunaan
kumpulan kecil dalam pengajaran memberi peluang kepada pelajar untuk
bekerjasama.
Kaedah yang digunakan
dalam pendekatan pengajaran berasaskan murid ini adalah Project Based Learning
(PBL). Kaedah ini digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar terlibat
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Objektif utamanya
adalah supayaa pelajar dapat memahami dan mengaitkan konsep trigonometri dan
sudut dongak dan sudut tunduk dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia juga
adalah menggalakkan pelajar dapat berinteraksi antara satu sama lain dan
memperoleh pengetahuan dalam sudut dongak dan sudut tunduk.
Sebelum
aktiviti ini dijalankan, guru mengarahkan para pelajar untuk berada dalam
kumpulan masing-masing dan mengambil peralatan yang diperlukan untuk tugasan
ini seperti pita pengukur, jangka sudut dan lain. Kemudian, guru ini akan
memberi tugasan kepada setiap kumpulan iaitu mengukur struktur-struktur yang
berada di kawasan sekolah dengan menggunakan sudut dongak dan sudut tunduk.
Pelajar akan menggunakan pengetahuan lepas mengenai nisbah Trigonometri dan
teorem Pythagoras untuk menyelesaikan tugasan ini. Didapati struktur-struktur
yang dipilih oleh kumpulan pelajar ini adalah seperti tiang bendera, bangunan
sekolah, tiang gelanggang bola keranjang dan tiang YGL.
Semasa aktiviti ini berlangsung, guru akan menjadi fasilitator kepada pelajar dan memerhatikan serta memberi bimbingan kepada setiap kumpulan. Selain itu, terdapat interaksi dua hala ketika berlangsungnya iaitu guru dan murid berinteraksi berkenaan aktiviti yang sedang dijalankan. Guru akan bertanya, manakala pelajar akan memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan untuk menyelesaikan tugasan ini.
Semasa aktiviti ini berlangsung, guru akan menjadi fasilitator kepada pelajar dan memerhatikan serta memberi bimbingan kepada setiap kumpulan. Selain itu, terdapat interaksi dua hala ketika berlangsungnya iaitu guru dan murid berinteraksi berkenaan aktiviti yang sedang dijalankan. Guru akan bertanya, manakala pelajar akan memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan untuk menyelesaikan tugasan ini.
Selepas
selesai membuat pengukuran, para pelajar akan kembali ke kelas untuk membuat
pengiraan daripada data-data yang diperolehi dan menyediakan pembentangan hasil
kerja mereka tadi menggunakan slide powerpoint secara berkumpulan. Setiap wakil
kumpulan akan membentangkan hasil ini di dalam kelas dengan menerangkan kaedah
yang digunakan untuk membuat pengukuran objek dan pengiraan untuk mendapatkan
ketinggian serta kesimpulan daripada aktiviti ini.
Setelah selesai pembentangan untuk setiap
kumpulan, guru akan membuat kesimpulan tentang aktiviti pembelajaran dan
pembelajaran (PdP) dan pembentangan daripada pelajar. Secara keseluruhannya,
aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan baik dan membantu pelajar untuk
meningkat kerjasama dan komunikasi antara mereka. Di akhir aktiviti ini, guru memberi kerja
rumah berkenaan sudut dongak dan sudut tunduk kepada para pelajar untuk
mengukuhkan lagi kefahaman mereka tentang topik ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan