Khamis, 24 Disember 2015

Pengajaran Menggunakan Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan Gibson, 1960).  Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.

Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif:
  • Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada      suatu generalisasi atau kesimpulan umum.
  • Bahan bantu mengajar harus disediakan  untuk membantu pelajar membuat kesimpulan.
  • Contoh khusus yang releven dan sesuai harus dipelbagaikan untuk menerangkan sesuatu supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah.
  • Guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan  pendekatan induktif menekankan pengajaran secara urutan yang tepat, iaitu contoh-contoh spesifik kepada umum

Video:  Contoh Pengajaran Menggunakan Pendekatan Induktif

Secara amnya, pendekatan induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan. Jika guru inginkan pelajar memahami proses bagaimana sesuatu konsep atau generalisasi diperoleh, contohnya dalam pengajaran sains mengenai topik magnet, seorang guru akan memulakan aktiviti pelajar diberikan satu kelompok bahan (klip kertas, pemadam, butang plastik, paku, duit, pensel, paku tekan, pemberis plastik dan pembaris logam).  Kemudian pelajar diberikan sebatang magnet   untuk melihat bahan manakah yang akan melekat pada magnet.  Akhirnya, pelajar dikehendaki untuk merumuskan dalam satu ayat tentang  eksperimen mereka.  Pelajar dengan bimbingan guru akan membuat rumusan bahawa “magnet akan menarik bahan-bahan yang diperbuat daripada logam”.  Guru boleh mengakhiri pelajaran dengan menggambarkan generalisasi dalam bentuk pengurusan grafik atau gambar visual. Sekiranya pelajar masih belum menguasai apa yang diajar, guru seharusnya meminta pelajar menyatakan peraturan konsep atau perkaitan-perkaitan yang mereka dapati sepanjang tempoh pengajaran sehingga mereka berjaya menguasainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan