Khamis, 24 Disember 2015

Pengajaran Menggunakan Pendekatan Integratif

Pendekatan yang menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik agar murid lebih mudah memahami apa yang sedang disampaikan.  Guru sentiasa berusaha mengintegrasikan idea-idea baru dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid lebih berkesan dan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian

Prinsip pendekatan integratif adalah:
  • Tumpuan diberikan kpd strategi pemusatan murid
  • Penggunaan pembelajaran aktif, di mana teknik koperatif diintergrasikan untuk memberikan pelajar-pelajar peluang mengaplikasi maklumat yang dipelajari secara teori kepada situasi dalam kehidupan seharian dan lebih menekankan perkembangan kemahiran berbanding dengan penyampaian maklumat semata-mata.
  • Peranan guru sebagai fasilitator.
  • Keutamaan diberikan kepada kemahiran asas
  • Peluang untuk kerja berpasukan
  • Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan pelajar

Pendekatan ini membolehkan guru memberikan fokus kepada kandungan dan kemahiran berfikir.  Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif adalah berdasarkan langkah Hilda Taba (1962) seperti berikut:

Fasa 1:  Menghuraikan
Pelajar digalakkan untuk menghuraikan tentang ciri sesuatu aspek yang dikaji.  Contohnya, guru meminta pelajar menghuraikan warna katak, jenis makanan dan habitatnya.  Kemudian, pelajar diminta untuk menghuraikan ciri-ciri kodok pula.

Fasa 2: Membandingkan
Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan, pelajar diminta untuk membuat perbandingan  antara kedua-dua haiwan tersebut.  Pelajar akan mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dan kodok menggunakan pengurusan grafik “banding beza”

Fasa 3: Menerangkan
Setelah pelajar mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dengan kodok, mereka diminta untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang ciri-ciri katak dan kodok.  Penerangan melalui pemerhatian merupakan bahagian  penting dalam fasa ini.

Fasa 4: Hipotesis
Pelajar diminta untuk membentuk hipotesis serta memikirkan secara abstrak dari segi penaaakulan sesuatu.

Fasa 5: Membuat generalisasi
Pelajar diminta untuk membuat rumusan tentang maklumat yang dikumpulkan dan membentuk satu atau lebih generalisasi, bergantung kepada keluasan skop satu-satu pelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan