Khamis, 24 Disember 2015

Pengajaran Menggunakan Pendekatan eklektik

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.  Pendekatan eklektik boleh dihasilkan dengan menggunakan kedah induktif dan deduktif.  Contohnya, guru boleh mula dengan memberikan contoh, diikuti dengan generalisasai, ataupun guru akan mengakhirinya  dengan memberikan contoh untuk mengukuhkan peraturan atau generalisasi.  Hal ini lebih mirip kepada pendekatan induktif.   Selain itu, guru boleh memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan diakhiri dengan penerangan tentang peraturan sekali lagi.  Hal ini lebih mirip kepada pendekatan deduktif.  Perhatikan contoh pengajaran pada Rajah 1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan